Followers

Thursday, October 27, 2011

Cari Teman Sebagai Cermin









Selain cermin mati di rumah kita itu, kita perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita yang sebenarnya. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kita ni, dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenarnya. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau kita ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun handsome itu, bolehkah cermin mati menunjukkan kepada kita ? Jawapannya TIDAK !

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan tindakan bodoh atau sifat terburu buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam macam lagi sifat mazmumah. Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu ragu, tanpa rasa takut, tanpa was was, bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.

Hah, mampukah anda mendapatkan orang begini untuk menolong anda?. Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita, bagaimana hidung kita, bagaimana biji mata kita, tapi memberitahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita ini akan memberitahu kita secara jujur siapa kita sebenarnya. Dia akan memberitahu kita bagaimana hati kita. 

Nak cari di mana orang macam ni?, orang yang boleh membantu kita mengenali diri kita sendiri?, Insyallah kita boleh jumpa orang yang macam ni. Sebab tu kita perlu mencari seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belum lah banyak dan jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.

Cermin hidup ini juga boleh dianggap sebagai mentor kita, kerana dengan dia kita boleh merujuk, meminta nasihat dan yang paling penting tempat kita menyemak siapa kita di mata orang lain. Orang itu mestilah seorang yang tidak begitu rapat dengan kita. Dia bukan kawan sembang, bahkan dia belum pernah minum minum dengan kita di warung warung, tapi kita kenal dia dan dia kenal kita, Ala macam kenal Gitu Gitu.


Orang ini layak menjadi mentor atau cermin hidup kepada kita. Kita boleh mendapatkan nasihat daripadanya, dan tanya apa jua pendapat dia tentang kita. Insyallah, orang seperti ini akan menjelaskannya dengan jujur. Sebab apa?, sebab dia tak ada apa apa kepentingan dengan kita. Kita pun bukan rapat sangat dengan dia hingga boleh diistilahkan sebagai karib ataupun akrab. Sekadar kenal, maka pendapat yang dilontarkan kepada kita adalah pendapat yang jujur, benar dan ikhlas. Ditekankan disini, bukan pujian yang kita cari, kerana motif cermin hidup untuk memperbaiki segala perkara buruk yang kita ada selama ini. Jika anda mendapat pujian lebih daripada tanggapan negatif  yang jujur, maka anda tidak lah begitu memerlukan cermin hidup ini.

Satu lagi, sewaktu hendak bertanya atau mengambil seseorang itu untuk menjadi mentor atau cermin hidup kita ini, mestilah bukan di restoran ataupun warung kopi. Kalau kita sembang sambil minum dan kita pula yang bayar minuman itu, ada kemungkinan orang ini akan berasa segan dan serba salah dengan kita untuk mengatakan pendapat yang sebenar dengan kita. Takut takut dia banyak puji kita sebab nak ambil hati kita lantaran kita yang ajak dia minum dan bakal membayar harga minuman tadi. 

Jadi kesimpulannya mentor atau cermin hidup untuk menyuluh hidup kita mestilah :

* Bukan rakan akrab, tapi sekadar kenal mengenali.
* Belum pernah menjadi rakan sembang.
* Terpancar ciri ciri keikhlasan di wajahnya.
* Perwatakannya lunak dan disenangi oleh kebanyakan orang.
* Kaki surau atau masjid

Kelihatan agak sulit untuk mencari orang sebegini. Ambillah masa untuk mencarinya, kerana sekali anda mendapatnya, anda ibarat menemui sebutir mutiara di padang pasir yang luas. 
Cuba renungkan kata kata ini : 'Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran kotoran hawa nafsu dan amarah hingga jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya dari ALLAH"








6 comments:

Noor Maizan said...

kawan kawan mmg ramai.tapi yang betul betul tahan bila waktu sesak,tak jumpa lagi

haffizmohdnoor said...

susah nak cari kawan sbg cermin... kebanyakkan kawan2 zaman sekarang ni nak ambik kesempatan je.. tu yg puji melebih2 tu.. tak ikhlas

Amezy Syafie said...

cik eiza : kalau dah nama kawan memang byk jenis cik eiza , sabar jelah :)

Amezy Syafie said...

haffiz : cari je member yang tak brapa ngam dan boleh pakai. tapi ingat, jangan cari musuh kau untuk dijadkan mentor, memang terbakar kau nanti haha . yang puji lebih2 tu kasi tembak satu kali . ahaahahah

eddy syrol said...

sebenarnya, kita sendiri boleh menjadi cermin diri kita... (~_~)

Amezy Syafie said...

kalau kita YAKIN wahai eddy syrol :)