Followers

Monday, October 31, 2011

Okay ke aku ni ?






Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. kau malas? Kau seorang yang pemalas ? jika ya, pastikan kau buang sifat itu, sebab si pemalas tidak mungkin jadi seorang yang berjaya dalam hidupnya. Sekarang renung diri kau sendiri. Pernahkah kau bertanya pada diri sendiri, ‘Aku ni okay ke?’.

Kalau tak pernah Tanya, cuba Tanya diri kau sekarang ‘Aku ni okay ke pada pandangan mata aku dan pandangan mata orang lain?’. Yang penting sekali pada pandangan mata aku, mata sendiri. Pada pandangan orang  mungkin kita okay. Siapa berani kata kita tak okay?. Maklumlah orang tak selamanya bersama kita. Kalau di kelas atau tempat di kerja paling lama kita bersama orang lain sekitar 8-9 jam. Dirumah pun lebih kurang juga masanya, kecuali masa bercuti.

Dirumah mungkin kita kelihatan okay. Tapi sebenarnya kita okay atau tak okay, kita saja yang tahu. Pernahkah kita Tanya diri kita sendiri dan jawab sendiri? Jawab dengan hati kecil?. Ingat, kita ada dua hati, satu hati kecil dan satu lagi hati besar. Yang selalu membohongi kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar besarkan diri itu datangnya dari hati besar dan yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hari kecil.

Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga. Kadang kadang orang puji kita sebab nak bodek kita saja, sebab itu kadang kadang kita berfikit ‘Eh, betul ke dia puji aku ni, ikhlas ke dia tu, sebab aku ni taklah okay sangat seperti yang dikatannya tu’. Pertanyaan ini datangnya dari hati kecil. Jadi, mari kita sama sama Tanya pada diri kita sendiri, ‘Aku ni okay ke?’ dan kita jawab sendiri dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas. Jawapan anda boleh menentukan apakah langkah langkah anda selanjutnya.

Apakah ia positif ataupun negative. Apakah penuh yakin atau sekadar melepas ‘dehemm’ di halkum. Semuanya anda sendiri menentukan.






Thursday, October 27, 2011

Cari Teman Sebagai Cermin









Selain cermin mati di rumah kita itu, kita perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita yang sebenarnya. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kita ni, dan bagaimana kita di khalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenarnya. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau kita ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun handsome itu, bolehkah cermin mati menunjukkan kepada kita ? Jawapannya TIDAK !

Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan tindakan bodoh atau sifat terburu buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam macam lagi sifat mazmumah. Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu ragu, tanpa rasa takut, tanpa was was, bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik, berhemah, tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita tentang diri kita.

Hah, mampukah anda mendapatkan orang begini untuk menolong anda?. Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita, bagaimana hidung kita, bagaimana biji mata kita, tapi memberitahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita ini akan memberitahu kita secara jujur siapa kita sebenarnya. Dia akan memberitahu kita bagaimana hati kita. 

Nak cari di mana orang macam ni?, orang yang boleh membantu kita mengenali diri kita sendiri?, Insyallah kita boleh jumpa orang yang macam ni. Sebab tu kita perlu mencari seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belum lah banyak dan jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.

Cermin hidup ini juga boleh dianggap sebagai mentor kita, kerana dengan dia kita boleh merujuk, meminta nasihat dan yang paling penting tempat kita menyemak siapa kita di mata orang lain. Orang itu mestilah seorang yang tidak begitu rapat dengan kita. Dia bukan kawan sembang, bahkan dia belum pernah minum minum dengan kita di warung warung, tapi kita kenal dia dan dia kenal kita, Ala macam kenal Gitu Gitu.


Orang ini layak menjadi mentor atau cermin hidup kepada kita. Kita boleh mendapatkan nasihat daripadanya, dan tanya apa jua pendapat dia tentang kita. Insyallah, orang seperti ini akan menjelaskannya dengan jujur. Sebab apa?, sebab dia tak ada apa apa kepentingan dengan kita. Kita pun bukan rapat sangat dengan dia hingga boleh diistilahkan sebagai karib ataupun akrab. Sekadar kenal, maka pendapat yang dilontarkan kepada kita adalah pendapat yang jujur, benar dan ikhlas. Ditekankan disini, bukan pujian yang kita cari, kerana motif cermin hidup untuk memperbaiki segala perkara buruk yang kita ada selama ini. Jika anda mendapat pujian lebih daripada tanggapan negatif  yang jujur, maka anda tidak lah begitu memerlukan cermin hidup ini.

Satu lagi, sewaktu hendak bertanya atau mengambil seseorang itu untuk menjadi mentor atau cermin hidup kita ini, mestilah bukan di restoran ataupun warung kopi. Kalau kita sembang sambil minum dan kita pula yang bayar minuman itu, ada kemungkinan orang ini akan berasa segan dan serba salah dengan kita untuk mengatakan pendapat yang sebenar dengan kita. Takut takut dia banyak puji kita sebab nak ambil hati kita lantaran kita yang ajak dia minum dan bakal membayar harga minuman tadi. 

Jadi kesimpulannya mentor atau cermin hidup untuk menyuluh hidup kita mestilah :

* Bukan rakan akrab, tapi sekadar kenal mengenali.
* Belum pernah menjadi rakan sembang.
* Terpancar ciri ciri keikhlasan di wajahnya.
* Perwatakannya lunak dan disenangi oleh kebanyakan orang.
* Kaki surau atau masjid

Kelihatan agak sulit untuk mencari orang sebegini. Ambillah masa untuk mencarinya, kerana sekali anda mendapatnya, anda ibarat menemui sebutir mutiara di padang pasir yang luas. 
Cuba renungkan kata kata ini : 'Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran kotoran hawa nafsu dan amarah hingga jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya dari ALLAH"








Bukan Sekadar Zodiak





Tarikh Lahir kita cukup menerangkan siapa kita apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi nombor tunggal. Contoh :


12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

(Jadi, nombor lahirnya adalah 1)
Dibawah ini adalah penerangan tentang nombor lahir anda, 
SELAMAT MENCUBA :)



1. KETULENAN
* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini adalah merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin ataupun bos.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
** Perkara yang perlu dipelajari :
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.



2. PENDAMAI
* Dilahirkan sebagai diplomat
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat anakitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu
** Perkara yang perlu dipelajari :
Mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka dan tidak berselindung.



3. CERIA 
* Mereka sangat  kreatif, sosial, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
** Perkara yang perlu dipelajari :
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.



4. KONSERVATIF
* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka suka berkerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara brsendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan ada kala dianggap.
** Perkara yang perlu dipelajari :
Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.



5. PERINTIS
* Mereka adalah perintis
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta bersemangat (enthusiasm)
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain di fikiran mereka tidak pernah terhenti.
** Perkara yang perlu dipelajari : 
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.



6. ROMANTIK
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni muzik
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
** Perkara yang perlu dipelajari : 
Golongan ini harus belajar apakah boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.



7. INTEKEKTUAL
* Golongan ini adalah pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling mereka, tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendiri.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi  penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka suka berahsia.
** Perkara yang perlu dipelajari : 
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.



8. PENYELESAIAN
* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
** Perkara yang perlu dipelajari :
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.



9. PELAKON
* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada meraka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling memahami mereka.
* Mereka umpama bintang sumpah sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
** Perkara yang perlu dipelajari :
Untuk berjaya, golongan ini perlu membina landasan kasih dan sayang.